Konsep
Perkataan
Merupakan
unit ujaran yang bebas dan bermakna
Kata
boleh dibahagikan kepada berikut:
Latihan
Tukarkan
bentuk kata dasar berikut kepada sebanyak mungkin kata imbuhan yang
berlainan maknanya.
i.
Makan
ii.
Minum
iii.
Tulen
iv.
Pergi
v.
Baik
vi.
Lelaki
vii.
Wanita
viii.
Banjir
ix.
Asing
|
Bentuk-bentuk
Kata
Kata/perkataan boleh dibahagikan kepada bentuk-bentuk berikut:
Kata tunggal
|
i.
Tidak menerima imbuhan atau kata
dasar yang lain.
ii.
Akronim yang sudah diterima pakai
juga tergolong dalam kata tunggal, misalnya; Mara,
Petronas, Lada, tadika (taman didikan kanak-kanak), pawagam (panggung wayang gambar) dan sebagainya.
iii.
Para pelajar diingatkan bahawa
akronim tidak sama dengan singkatan.
iv.
Singkatan ialah kependekan bagi satu
atau beberapa perkataan seperti IT
untuk teknologi maklumat (information
technology) dan PM untuk
Perdana Menteri.
v.
Jelaslah, singkatan
tidak termasuk dalam kata tunggal seperti akronim.
|
Kata terbitan
|
i.
Terdiri daripada kata dasar atau kata
akar yang melalui proses pengimbuhan, sama ada awalan, akhiran, sisipan
atau apitan.
|
Kata majmuk
|
i.
Terbentuk hasil gandingan dua atau
lebih kata dasar.
ii.
Rumus penting ialah tiada kata lain
yang boleh disisipkan di antara gandingan tersebut. Jika dapat disisipkan
kata lain dan membawa makna tertentu, maka ia bukan kata majmuk, tetapi
tergolong dalam frasa.
iii.
Misalnya; Budak
berlari bukan kata majmuk kerana ia boleh menjadi budak itu berlari, atau budak
yang berlari itu.
iv.
Pada umumnya, kata majmuk dieja
terpisah kecuali yang sudah mantap sebagai satu perkataan. (lihat lampiran 1)
|
Kata ganda
|
i.
Kata ganda ialah pengulangan kata
dasar sama ada dengan mengulang seluruh kata dasar (penggandaan
penuh) atau sebahagian daripada kata dasar (penggandaan
separa), seperti gila-gila,
gula-gula, suka-suka, labah-labah, rama-rama dan sebagainya.
ii.
Contoh penggandaan separa ialah pepatung,
lelabah, sesekali dan sebagainya.
|
Latihan
i.
Cari sebanyak mungkin akar kata bahasa Melayu
, dan bincangkan dengan guru kelas anda untuk memperkaya perbendaharaan
kata. (sia rujuk tesaurus aau kamus jika perlu)
ii.
Baca
petikan berikut dan bezakan mengikut kata tunggal, kata terbitan, kata
majmuk dan kata ganda.
Mengikut D.
Mitchell, nilai membawa maksud ``…scarce
objects of socially conditioned desire unevenly distributed and
differently ranked.'' Ertinya, nilai adalah sesuatu yang dingini oleh
masyarkat kerana ia dianggap baik dan berharga. Namun begitu ia tidaklah
sama bagi semua keadaan dan tempat mahupun masa.
Akibat
kolonialisme sering dibincangkan dan sering pula kita rasakan dalam siri
tulisan kita. Tapi, jaringan yang kompleks dan kesan yang dalam serta
panjang seperti yang dianalisis oleh Edward Said, jarang kita fahami.
Katanya, ``…orientalist reality is
both antihuman and persistently. Its scope, as much as its institutions
and all pervasive influence last up toe the present.'' Lebih daripada
melemahkan peribadi sesuatu bangsa, sikap dan nilai orientalis itu
antimanusia.
Seorang
orientalis dengan pendekatannya mendukung prasangka terhadap bangsa yang
dijajah dan melawan atau menafikan dasar-dasar kemanusiaan dengan
membahagikan dan membeza-bezakannya ke dalam kategori yang luas dan tidak
dapat dipertanggungjawabkan.
(Muhammad Hj.
Salleh dan Harun Mat Piah, 1987. ``Jalan
Di Seberang Simpang: Arah Pengajian Sastera Melayu ``Tradisional''
dlm. Perkembangan Sastera Kebangsaan, DBP, hlm. 87.)