Thursday 6 December 2012

Konsep Perkataan
 
Merupakan unit ujaran yang bebas dan bermakna
 Kata boleh dibahagikan kepada berikut:  


Latihan
 
Tukarkan bentuk kata dasar berikut kepada sebanyak mungkin kata imbuhan yang berlainan maknanya.
 
      i.        Makan
     ii.        Minum
   iii.        Tulen
   iv.        Pergi
     v.        Baik
   vi.        Lelaki
  vii.        Wanita
viii.        Banjir
   ix.        Asing
 

Bentuk-bentuk Kata
 Kata/perkataan boleh dibahagikan kepada bentuk-bentuk berikut:
 
Kata tunggal
      i.        Tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain.
     ii.        Akronim yang sudah diterima pakai juga tergolong dalam kata tunggal, misalnya; Mara, Petronas, Lada, tadika (taman didikan kanak-kanak), pawagam (panggung wayang gambar) dan sebagainya.
   iii.        Para pelajar diingatkan bahawa akronim tidak sama dengan singkatan.
    iv.        Singkatan ialah kependekan bagi satu atau beberapa perkataan seperti IT untuk teknologi maklumat (information technology) dan PM untuk Perdana Menteri.
     v.        Jelaslah, singkatan tidak termasuk dalam kata tunggal seperti akronim.
Kata terbitan
      i.        Terdiri daripada kata dasar atau kata akar yang melalui proses pengimbuhan, sama ada awalan, akhiran, sisipan atau apitan.
 
Kata majmuk
      i.        Terbentuk hasil gandingan dua atau lebih kata dasar.
     ii.        Rumus penting ialah tiada kata lain yang boleh disisipkan di antara gandingan tersebut. Jika dapat disisipkan kata lain dan membawa makna tertentu, maka ia bukan kata majmuk, tetapi tergolong dalam frasa.
   iii.        Misalnya; Budak berlari bukan kata majmuk kerana ia boleh menjadi budak itu berlari, atau budak yang berlari itu.
    iv.        Pada umumnya, kata majmuk dieja terpisah kecuali yang sudah mantap sebagai satu perkataan. (lihat lampiran 1)
Kata ganda
      i.        Kata ganda ialah pengulangan kata dasar sama ada dengan mengulang seluruh kata dasar (penggandaan penuh) atau sebahagian daripada kata dasar (penggandaan separa), seperti gila-gila, gula-gula, suka-suka, labah-labah, rama-rama dan sebagainya.
     ii.        Contoh penggandaan separa ialah pepatung, lelabah, sesekali dan sebagainya.
 
 
 
Latihan
 
      i.        Cari sebanyak mungkin akar kata bahasa Melayu , dan bincangkan dengan guru kelas anda untuk memperkaya perbendaharaan kata. (sia rujuk tesaurus aau kamus jika perlu)
 
     ii.        Baca petikan berikut dan bezakan mengikut kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda.
 
Mengikut D. Mitchell, nilai membawa maksud ``…scarce objects of socially conditioned desire unevenly distributed and differently ranked.'' Ertinya, nilai adalah sesuatu yang dingini oleh masyarkat kerana ia dianggap baik dan berharga. Namun begitu ia tidaklah sama bagi semua keadaan dan tempat mahupun masa.
Akibat kolonialisme sering dibincangkan dan sering pula kita rasakan dalam siri tulisan kita. Tapi, jaringan yang kompleks dan kesan yang dalam serta panjang seperti yang dianalisis oleh Edward Said, jarang kita fahami. Katanya, ``…orientalist reality is both antihuman and persistently. Its scope, as much as its institutions and all pervasive influence last up toe the present.'' Lebih daripada melemahkan peribadi sesuatu bangsa, sikap dan nilai orientalis itu antimanusia.
Seorang orientalis dengan pendekatannya mendukung prasangka terhadap bangsa yang dijajah dan melawan atau menafikan dasar-dasar kemanusiaan dengan membahagikan dan membeza-bezakannya ke dalam kategori yang luas dan tidak dapat dipertanggungjawabkan.
(Muhammad Hj. Salleh dan Harun Mat Piah, 1987. ``Jalan Di Seberang Simpang: Arah Pengajian Sastera Melayu ``Tradisional'' dlm. Perkembangan Sastera Kebangsaan, DBP, hlm. 87.)
 

11 comments:

  1. Nota yang lengkap dan jelas, memanfaatkan guru dan murid, tahniah!

    ReplyDelete
  2. nota yang jelas dapat membantu murid-murid untuk menguasai, syabas,hong yin...

    ReplyDelete
  3. Nota rujukan ini sangat berguna kepada saya. Tq.

    ReplyDelete
  4. Tahniah, perkongsian nota yang jelas dan bermanfaat kepada semua! ^^

    ReplyDelete
  5. Tahniah...nota yang lengkap danjelas

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian cikgu.

    ReplyDelete
  7. Nota yang lengkap dan padat, syabas!

    ReplyDelete
  8. Nota yang membawa manfaat kepada saya. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  9. last time i dont know what is kata terbitan, now i know it..thanks for sharing.

    ReplyDelete